Sunday 31 March 2013

Kapal yang bocor

Hari ini kita cerita tentang kapal yang bocor. Kapal yang bocor pastinya tidak mahu dinaiki oleh sesiapa. Malah jika sudah naik, pasti semua orang berusaha menyelamatkan diri.Kapal yang bocor akan tenggelam.

Titanic dikatakan tidak akan tenggelam!
   
Demikian juga manusia. Manusia yang tidak menuntut ilmu samalah seperti kapal yang bocor! Setiap hari ada sahaja ilmu yang akan keluar, lupus dari ingatan. Maka setiap hari perlu ada ilmu baru yang akan mendiami kotak fikiran kita.

Sayangnya ramai yang gemar menggantikan ilmu itu dengan rancangan-rancangan tv yang tidak berfaedah. Cita-cita ingin berjaya tetapi tabiatnya bukan tabiat orang yang berjaya!

"Rich people have small TVs and big libraries, and poor people have small libraries and big TVs" 
-Zig Ziglar- 

Kita membaca untuk maju bukan setakat untuk lepas U. Menonton TV itu senang. Buka dan duduk sahaja. Tetapi membaca buku itu susah, buku harganya mahal, kena buka, baca, faham, mengantuk....haishh susah betul!

Seronok melihat gelagat manusia yang mahukan kesenangan segera dengan usaha minimum. Mahu harta berjuta-juta tetapi tidak ada usaha. Lepas itu mulalah bawa jumpa bomoh minum air jampi.

"Tok bomoh..boleh tolong buat air jampi...nak suruh anak saya pandai"

Oh sahabat, ketahuilah pandai itu ada syariatullah dan sunnatullah. Nak tahu apa dia, jom pi belajaq : )

Thursday 21 March 2013

Death by Power Point

Designing a powerpoint presentation can be the most enjoyable process for some and vice versa for some. The law is simple, if you enjoy doing your presentation, the chance is that you are going to enjoy presenting your presentation hence the audience as well.

Nowadays we are facing DEATH BY POWER POINT. Seriously it is a serious problem. We simply lost the POWER of our points(powerLESS!). Our audiences neither listen to our speech nor our presentation.

Death by power point!
Lets us hear the good news! You can make your power point presentation to be extremely POWER. How? I'll share with you the principles. The principles are easy to apply and to be understood. If you live the principles, you will see the positive changes. The principles have already passed the time test which means they are valid all the time.

Principle 1 : Vitamin or Water
If you were having a meal, what would you do after that? Taking a vitamin to boost your energy or drink some water to help with the digestion?


Most of us will choose water over vitamin as in this case, vitamin acts as a SUPPLEMENT whereas water acts as a COMPLEMENT. Supplement means an extra or additional items whereas COMPLEMENT means something that completes or goes very well with something; in this case water completes your meal.

Your slides are the same. You can choose to make you slide to be your complement or to be your supplement. Complementary slides mean you have to be there to explain the slides or to rephrase; the slides need you! On the other hand, supplementary slides mean the slides can talk on its own. Your presence or absence will not affect your slides. It didn't care!

The choice is yours. They are both correct, only the impact would be different. Death by power point usually comes from SUPPLEMENTARY slides whereas the true POWER point comes from COMPLEMENTARY slides.

To summarize, enjoy the slides below and you will see the different = )

POWER vs powerLESS point!



Sunday 17 March 2013

Raja Masa vs Hamba Masa

Bangun pagi ada dua situasi.

"Bestnya pagi ini!"

"Alamak kerja lagi..haish..lambatntnya hujung minggu"

Ada orang bangun awal pagi sebab terpaksa bangun pagi. Ada orang bangun pagi disebabkan dia ingin bangun pagi. Kedua-duanya betul. Namun kesannya berbeza.

Raja Masa vs Hamba Masa


Orang yang bangun pagi kerana dia ingin bangun pagi adalah RAJA MASA.
Orang yang bangun pagi kerana terpaksa bangun pagi adalah HAMBA MASA.

Raja masa adalah orang yang menentukan masanya bagaimana dan untuk apa. Manakala hamba masa pula sebaliknya; masa dan keadaan yang akan menentukan tindak tanduknya.

Raja masa ini tenang orangnya. Apa pun yang terjadi dia akan tenang. Dia tahu yang dia punya kawalan sepenuhnya terhadap masa yang ada. Tidak ada istilah tidak cukup masa dalam hidupnya. Bahagia betul : )

Hamba masa pula senang dan mudah tertekan. Masa tidak pernah cukup baginya. Banyak kerja yang hendak dibuat tetapi masa pula terhad. Haih...kedekut betul masa ini!

Teringat saya akan pesanan sifoo:
"Allah hadiahkan kita 24 jam kerana dia tahu 24 jam itu sangat cukup untuk kita. Maka menjadi tugasan kita untuk menggunakannya sebaik dan semaksimum mungkin."

Fikir dan zikir